Sabtu, 5 Mac 2011

PROFIL SYARIKAT TANGGA WAWASAN ENTERPRISE

TANGGA WAWASAN ENTERPRISE ditubuhkan secara rasmi pada 2 April 2007 yang beroperasi di No 5,Jalan Chengal 2, Jalan Off Temerloh – Mentakab , Taman Chengal 28000 Temerloh Pahang Darul Makmur.Pemilik Syarikat TANGGA WAWASAN ENTERPRISE ialah En.Samsuddin Bin Mat . Syarikat kini mempunyai 3  orang kerani yang menguruskan semua kerja-kerja pengkeranian di dalam Syarikat.

TANGGA WAWASAN ENTERPRISE sebuah Syarikat milikan Bumiputra yang berkecimpung dalam pengeluaran Kopi Pracampuran berjenama SUPERBEST ORIGINAL . Kopi herba yang terhebat dengan gabungan tiga jenis herba seperti Tongkat Ali,Ganoderma dan Ubi Jaga . Aroma kopi Arabika menyerlahkan lagi keterampilan kopi Pracampuran SUPERBEST ORIGINAL , mengasyikkan lagi si peminumnya.”Lebih Enak….Lebih Khasiat” MOTTO SUPERBEST ORIGINAL  kunci kata asas kebenaran apa yang diperkatakan setelah mencuba secawan kopi SUPERBEST ORIGINAL .Dengan pengeluaran pelbagai jenama dipasarkan tidak mengentarkan Syarikat kerana kami yakin dengan kehebatan produk ini , walaupun TANGGA WAWASAN ENTERPRISE baru 2 tahun lebih  memasarkan produk Kopi Pracampuran SUPERBEST ORIGINAL .Testimoni yang dijalankan amat bersesuaian ianya dipasarkan kepasaran terbuka.Syarikat menerima banyak maklum balas positif semasa menyertai Expo dan seminar anjuran MECD seperti SDSI di Melaka,Gerak Usahawan di PWTC dan Gerak Usahawan Di Raub Pahang.Sokongan para pelanggan amat kami hargai.

Modal permulaan Syarikat untuk memasarkan kopi berjenama SUPERBEST ORIGINAL ialah RM 150,000.00.Diatas wawasan inilah TANGGA WAWASAN ENTERPRISE telah memperolehi pengiktirafan daripada pihak MARA untuk menjalankan konsep perniagaan “MENTOR-MENTEE” bagi memasarkan produk berjenama SUPERBEST ORIGINAL Program Rakan Niaga / Mentor – Mentee dilihat mampu memberi persaingan hebat dalam dunia herba tempatan yang mana saiz pasarannya sekitar RM 3 bilion setahun.Amat kurang Syarikat Bumiputra yang menyertai dalam bidang ini, memandangkan ianya berasaskan Rakan Niaga / Mentor – Mentee ini diharapkan dapat melahirkan usahawan yang mempunyai ciri jati diri dan azam yang tinggi luas kepada usahawan bagi mempelbagaikan kemahiran pengurusan Syarikat miliknya tanpa kerenah  birokrasi dan sebagainya.Kini Syarikat tidak lagi menjalankan konsep mentor-mentee malah syarikat lebih senang menjalankan aktiviti jualan produk secara trading. Dengan cara jualan trading jualan semakin maju dan banyak permintaan sehingga tidak menang tangan.Syarikat memang cukup berpuas hati,Syarikat bukan tidak mahu meneruskan program mentor-mentee bersama mara , cara sedemikian memang cukup bagus,Syarikat Cuma mahu berdikari memulakan jualan produk sendiri secara trading dengan mendapat untung runcit bersama-sama usahawan.

Apabila pasaran kopi pracampuran SUPERBEST ORIGINAL mendapat sambutan orang ramai di pasaran luar, Syarikat kami membuat keputusan mengeluarkan lagi produk-produk baru keluaran SUPERBEST ORIGINAL iaitu Soy Collagen, Choco Fiber , Fibernas dan yang terkini dipasaran ialah penjimat minyak Petrol dan Diesel SESOIL SUPERBEST ORIGINAL . Kesemua produk-produk keluaran SUPERBEST ORIGINAL juga mendapat tempat di pasaran,walaupun sekarang ini terlalu banyak persaingan . Syarikat juga telah melancarkan beberapa plan pemasaran secara trading dari laman web kami iaitu http://www.superbest2u.biz/twe .


Syarikat kami memasarkan produk kami dengan cara jualan pakej secara trading . Sistem yang telah Syarikat kami lancarkan ini telah mendapat tempat dipasaran global , dengan program ini juga produk kami akan lebih dikenali ramai.

Sehingga kini pasaran untuk SESOIL SUPERBEST ORIGINAL penjimat Petrol dan Diesel  mendapat sambutan yang hangat dipasaran disebabkan harga yang paling murah jika dibandingkan dengan lain-lain jenama yang berada dipasaran.Kami mengsasarkan jualan sehingga tahun ini sebanyak 27,000 botol dan dijangka peningkatan jualan pada awal tahun hadapan 3 kali ganda dengan permintaan yang terlalu ramai dan pihak kami akan “UPGRADED” lagi R & D untuk lebihkan lagi penjimatan KM kepada kenderaan yang menggunakan produk kami. harga pasaran RM 7.90/ahli baru RM 7.50 , Mobile Stokis RM 5.50 dan  Stokis RM 4.50   sebotol / 20ML untuk penggunaan RM 120 minyak Petrol atau Diesel .

Matlamat Syarikat adalah semoga sokongan dari Rakan Niaga TWE MARKETING SDN BHD akan Berjaya membina kecermelangan dan dapat mencipta satu kejayaan baru dalam Malaysia khususnya BUMIPUTRA iaitu “BUDAYA BEKERJASAMA MENCIPTA KEJAYAAN” insyaAllah akan melahirkan para usahawan yang hebat serta mempunyai peribadi yang tinggi.

Terima kasih.                                                                          
Pengarah urusan TANGGA WAWASAN ENTERPRISE
   

PENGARAH URUSAN SYARIKAT

NAMA : SAMSUDDIN BIN MAT
JAWATAN : PENGARAH URUSAN
NO KAD PENGENALAN : 660913-03-5659
ALAMAT PERNIAGAAN: TWE MARKETING SDN BHD NO 5 JLN CHENGAL 2 OFF JLN TEMERLOH-MENTAKAB 28000 TEMERLOH PAHANG DARUL MAKMUR
ALAMAT RUMAH : NO.27 JLN 6/7 TAMAN JAYA 6 28000 TEMERLOH PAHANG DARUL MAKMUR
JANTINA : LELAKI
TARIKH LAHIR : 13HB SEPTEMBER 1966
TARAF PERKAHWINAN : BERKAHWIN
NO TELEFON : 013- 915 4907
PENDIDIKAN : INSTITUT KEMAHIRAN MARA(1991 – 1993)KONTRAKTOR KELAS F DAN BERDAFTAR DENGAN PKK & CIDB

PENGALAMAN


En Samsuddin Bin Mat merupakan usahawan yang cemerlang. Mempunyai pengalaman dalam bidang kejuruteraan binaan bangunan dan merupakan kontraktor berwibawa di daerah Temerloh. Dalam masa yang sama beliau juga bergiat dalam bidang pemasaran Kopi Pracampuran keluaran Syarikat lain secara kecil-kecilan. Ilham bekerjasama dengan TPM Biotek menjelma semasa berkampung di Pusat herba berkenaan semasa pilihanraya kecil DUN Batu Talam, Raub, Pahang Darul Makmur.


Bermula Mei 2007 En. Samsuddin Bin Mat telah mengeluarkan produknya sendiri bagi pasaran domestik. Kopi Pracampuran SuperBest lahir daripada perancangan rapi dengan mengambil kira permintaan di pasaran semasa. Tanggal 5 Julai 2007, lahirlah impian berkenaan dengan 1000 kotak pertama dikeluarkan khusus menyertai pameran SDSI pringkat kebangsaan di MITD Melaka. Sambutan amat menggalakkkan sehingga stok tidak mencukupi bagi memenuhi permintan luar biasa pelanggan.